Kenali

 

spm rtm

Mohammad Qayyum Bin A. Badaruddin merupakan seorang pesara tentera dan berasal dari Selangor dan telah berkhidmat selama 25 tahun serta berpengalaman luas dalam bidang kepimpinan dan pengurusan organisasi, asset dan anggota. Antara penglibatan beliau adalah dalam operasi di sempadan Malaysia /Thailand dan di pulau-pulau Sabah, sebagai pegawai latih di institut pengurusan tentera darat, pegawai tadbir pasukan udara tentera darat, pegawai operasi di markas 8 Briged Kelantan, jurulatih di pusat olah perang serta pegawai operasi dan latihan (oplat) di markas logistic tentera darat.

Berpengalaman luas dalam mengendalikan kursus motivasi, seminar, team building dan penulisan buku beliau juga merupakan seorang penceramah motivasi dan penulis buku. Beliau telah terlibat mengendalikan ceramah motivasi dan teambuilding lebih dari 832 program sejak tahun 2000 dan telah menghasilkan lebih dari 80 judul buku. Kelulusan tertinggi beliau adalah sarjana perang saraf media di uitm tahun 2007-2009.

Penulis juga merupakan sukarelawan MAPIM (Majlis Perundingan dan Perwakilan Malaysia) penglibatan beliau dalam misi kemanusiaan sebagai pengarah sukarelawan majlis perundingan islam malaysia di Gaza, Mesir dan dalam negara. Misi kemanusiaan ke Gaza, penghantaran wang, ubatan dan pakar pada 11- 20 ogos 2014.

Falsafah “Biar sedikit tetapi bermanfaat” diamalkan penulis selari dengan prinsip beliau, “Mengubah hidup dengan mengubah cara berfikir”. Selari dengan moto syarikat “ Inspiring by sharing”, maka beliau banyak memberi ceramah motivasi percuma kepada institusi pengajian tinggi serta pihak yang memerlukan melalui program “wifi” iaitu khidmat ceramah motivasi secara percuma.

Cabaran adalah untuk dihadapi bukan melarikan diri. Sesungguhnya hidup ini indah jika kita tahu mewarnainya. Selamat berjuang. Jika tidak gugur sebagai wira bangsa, berundur penuh berjasa.

Email: qayum_68@yahoo.com/casamasresources@gmail.com

Panel 1

Pencapaian

25 – tahun berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia

240 – Jemputan program sebagai penceramah

85 – Jemputan tazkirah masjid & surau

35 – Jumlah buku ditulis

1 – Misi Kemanusiaan ke Gaza

 

Panel 2

Media Elektronik

media-elektronik

Kemunculan dalam media elektronik.

Panel 3

Buku-buku tulisan Mejar Qayyum

Tajuk buku yang telah dihasilkan:

BIL TAJUK BUKU PENERBIT DAN TAHUN TERBIT ISBN PENULIS
1 89 PESAN CINTA ALLAH UNTUK ORANG MUKMIN CASAMAS RESOURCES
APR 17
978-967-5994-54-8 852 Mejar(B) Mohammad Qayyum Bin A. Badaruddin
2 MUDAHNYA MENJEMPUT JODOH CASAMAS RESOURCES
MEI 17
978-967-5994-74-6 Mejar(B) Mohammad Qayyum Bin A. Badaruddin
3 LEADERSHIP QUOTATION CASAMAS RESOURCES
MEI 17
978-967-5994-64-7 Mejar(B) Mohammad Qayyum Bin A. Badaruddin

(more…)